MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Sunday, March 15, 2009

TEKNIK JAHITAN SMOCKING

Mulakan jahitan smocking dengan menggunakan teknik jahitan cable , kalau nak jimat benang boleh guna 3 utas benang saja.Tapi agak leceh untuk menguraikan benang ini ,saya suka guna benang yang sedia ada , jahitan smocking lebih padat dan kemas.


Jahitan Cable
Jahitan cable adalah gabungan talian atas(up cable) dan talian bawah ( down cable ) yang diselang seli secara teratur. Jahitan perlu la teratur , gunakan benang pleat sebagai panduan semasa menjahit.

Cara menjahit dari contoh gambar rajah diatas :Simpul mati hujung benang yang dipilih dan mula menjahit dari A , benang masuk dari bawah kemudian tarik ke atas pemukaan kain kemudian langkau 1 baris kedutan kain dan masuk kedalam celah kedutan B dan tarik benang pada ketegangan yang sesuai( jangan terlalu ketat).Seterusnya benang dicucuk di bahagian C dan di tarik naik ke atas semula dan langkau 1 baris kedutan cucuk ke celah kedutan D dan di tarik benang ke bawah. Begitu la cara menjahit teknik cable stitches ini. Ulang sampai habis dan berhati- hati semasa menarik benang , ketegangan benang mesti la sama baru susunan jahitan kemas dan teratur.


Langkah seterusnya bergantung kepada idea kita sendiri apa susunan atau corak smocking yang kita mahu. Saya gunakan jahitan trellis dengan warna benang yang berbeza.Selalunya saya suka gabungkan 3 warna saja baru smocking yang dijahit jadi cantik tetapi jika kita guna kain plain tanpa corak , baru la boleh digabungkan lebih banyak warna benang.


Teknik jahitan Trellis
Teknik jahitan secara menaik dan menurun akan menghasilkan rupa zigzag bila siap , agak mudah nak jahit teknik ini tapi masih perlu guna benang kedutan kain sebagai panduan. Kedudukan jarum mesti sentiasa lurus dan selari dengan benang kedutan kain .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .