MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, March 9, 2009

BALIK KAMPUNG


Semalam kami sekeluarga telah balik ke kampung suami saya di Kampung Renal , Kuala Klawang , Jelebu di Negeri Sembilan. Perjalan sekitar 2 jam sahaja. Kami balik untuk menziarah tok pada suami saya yang sudah uzur. Bila dah sampai kampung macam-macam la aktiviti nak dibuat maklum la bapa mertua saya ada kebun yang luas sekitar kawasan rumah ni.


Ini la rumah suami saya dikampung. Dekat rumah ni la kenduri kahwin kami 12 tahun dulu, cepat betul masa berlalu dan banyak betul kenangan di rumah ni. Sekarang ini hanya tinggal mertua berdua saja dan adik ipar lelaki saya saja. Kami selalu juga balik sebab kampung suami ni dekat saja dengan rumah kami di Puchong . Masa 10 tahun dulu memang mencabar nak sampai ke kampung suami sebab jalan Bukit Tangga yang bengkang-bengkok macam nak ke Cameron Highland tapi sekarang ini dah ada highway dan jalan yang sudah diperbesarkan serta lebih lurus.
Jelebu terletak ditengah lembah dan dikelilingi bukit-bukau. Saya masih ingat dulu masa belajar Geografi ada topik hujan dan Jelebu ada lah kawasan paling kering atau kurang hujan sementara Bukit Larut adalah tempat paling lembab di Malaysia . Rupanya jodoh saya dengan orang Jolobu, kawasan di kampung suami saya memang kurang hujan tetapi masih sangat sejuk pada waktu malam dan berkabus tebal pada waktu pagi , selalunya sampai pukul 9 pun pagi masih berkabus.
Tetapi semenjak banyak hutan ditebang untuk dibuat highway cuaca dah tak sesejuk macam dulu. Saya masih ingat dulu memang kalau nak mandi pagi tunggu sampai pukul 10 baru boleh mandi kerana air sejuk sangat dan bila dah selesai mandi memang mengigil la, sekarang air masih sejuk cuma tak la sedingin dulu.


Mertua saya suka bercucuk tanam dan pokok buah dragon ni antara koleksi pokok terbaru yang dia tanam . Saya memang suka dragon fruits dan selalunya saya singgah di kebun cina dekat Mantin , buahnya masak dipokok serta isinya berwarna merah dan manis sangat. Dragon fruits yang dijual kat pasar atau hypermarket di KL , semuanya dari Vietnam atau China rasa semuanya tawar dan tak sedap. Bila selalu tengok saya bawa balik dragon fruit yang dibeli dari Mantin , mertua pun cari benih dan dia tanam kat rumah .Tahun depan boleh la kami makan , hmm sedap.


Pokok yang ni dah keluarkan putik, bapa mertua baru saja tanam pada bulan Jun tahun sudah .

Putik dragon fruits, cantikkan. Buah dari pokok cactus tapi rasanya sedap sangat dan kaya dengan vitamin serta anti-oksidan. Boleh hidup subur di Malaysia serta mudah ditanam , saya tengok mertua biarkan saja pokok ni dan tak disiram air atau diletak baja. Kalau la rumah saya ada tanah lapang best boleh bercucuk tanam tapi takpa la nak buat macam mana belum ada rezekikami lagi , saya berdoa dan tengah plan nak beli rumah yang ada kawasan tanah. Duduk di apartment lama-lama pun kadang-kadang rasa boring juga sebab saya ni memang suka bercucuk tanam.

2 comments:

  1. seronoklah dapat berkebun macam ni. Kalau dekat mau kak ti tumpang sekaki menyangkul. Kak ti suka tanam pokok asin (tak tau org sini panggil apa)..sedapnya buat masak lemak putih dengan ubi keledek. Tanam jagung pun best...and satu lagi tanam pokok ubi gajah. Ada lagi ker benih ubi gajah la ni?

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar nama pokok sayur asin tapi tak tau rupa , lain kali pi umah kak tie nak tgk la rupa pokok asin ni.Pokok ubi gajah susah nak cari sekarang ni kat kampung fendi pun dah pupus.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .